BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~salam ukhwah~

Thursday, April 29, 2010


Tips pelembut hati~

Untuk diri sendiri ; letak tangan kanan di atas dada iaitu di atas bahagian hati dan baca doa di bawah.

• Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis nafas dan lepaskanlah nafas.

Untuk orang lain ; ketika membaca doa letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang nak didoakan tersebut.

Atau dibacakan pada air untuk diberi minum kepada orang yang nak dilembutkan hati tersebut.

*Tambahan ; untuk lembutkan hati anak-anak, boleh air ini dibuat untuk memasak nasi atau dimasukkan dalam bahan masakan ibu


1. Baca surah Al-Fatihah ( Bismillah …)

2. Baca ayat 21 hingga 24 Surah Al-Hashr :-

3. Baca ayat 1 hingga 5 Surah Tohaa :-

4. Doa pelembut hati :


اَللّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَ

مَا لَيَّنْتَ لِدَاوُدَ الْحَدِيْدَ

Maksudnya; ( Ya Allah lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana kamu telah melembutkan besi bagi Nabi Daud As)


Yang penting ikhlaskan hati kita dan perbanyakkan doa dalam solat terutama semasa waktu sujud.


“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”



Saturday, April 3, 2010

Delusi ummi


~DELUSI UMMI~

Hidup di dunia
hanya sebentar saja
bila duka
bila tawa
semoga hati kembali padaNya

Waktu yang berlari
tak kan pernah bisa kembali lagi
Bila perih, bila sedih
airmata bukan segalanya

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung padaNya
Hanya pada Dia semua bermuara

Detik waktu kan berlalu
suka duka kan berlalu
Tiadalah semua pada diri
Tangislah oh air mata
semua kan berlalu dan pergi

Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya pada Allah jiwa kan berpasrah
kerna segalanya bergantung padanya
Hanya pada Dia semua bermuara

Hanya hamba Allah yang selalu berserah
Hanya hamba Allah yang selalu berpasrah
Karna segalanya bergantung padaNya
Karna pada Dia semua bermuara

Hanya pada Allah hati kan berserah
Hanya pada Allah jiwa kan berpasrah
kerna segalanya bergantung padanya
Hanya pada Dia semua bermuara

Semua kan bermuara

(curahan Hati serikandi walid)

Wednesday, March 10, 2010


BUATMU, MUJAHIDAH....

Assalamualaikum wahai sahabat!

Bagaimanakah keadaanmu di bumi Allah ini?

Pasti ia tak semanis madu

Jua tak sepahit hempedu

Namun...

Sering juga mencabar imanmu!

Duhai temanku yang dikasihi Allah...

Sebelum kau titiskan airmatamu

Ingin sekali ku berkongsi denganmu

Kalimah dan azimat suci

Buat panduan diri

Hadiah dari ibu tercinta

Demi anaknya yang kini sedang berjuang

Gapai kebahagiaan duniawi

Dan ukhrawi...!

Duhai temanku yang dirahmati Allah...

Pesan ibuku...

Janganlah dikau meratap dan mengeluh

Andai kau ditimpa sesuatu musibah

Ucaplah Masya Allah...!

Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

dariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali

kenapa harus sedih dan berputus asa

ingatlah teman!

Tidak tercapai tahap imanmu

Sebelum diuji Allah

Kerana ujian Allah itu

Tanda kasihNya pada kita

yang sering alpa mengingatiNya

yang sedang enak melakukan dosa

yang kian asyik mengumpul daki dunia

seolah kita hidup untuk selamanya...

Duhai temanku yang dicintai Allah

Azimat ibuku...

Sebelum kau keluhkan nasib malangmu

Kenangkanlah semula nikmatNya yang tak terhingga

Dimana syukur kita sewaktu kita gembira

Dimana syukur kita di masa kita bahagia

Dimana syukur kita di saat kita ketawa

Dimana syukur itu?

Alhamdulillah Ya Allah...

Alhamdulillah Ya Rabbi...

Kerana Mu aku masih nikmati rahmatMu!

Kerana nikmat mataMu ku lihat

Segarnya alamMu...

Kerana nikmat telingaMu ku dengar

Merdunya siulan beburung

Kerana nikmat hidungMu ku hidu

Wewangian madu bunga

Oh tuhan...

Tak terhitung nikmat yang Kau kurniakan untukku

Duhai temanku yang diingati Allah

Pesan ibuku lagi...

Musibah itu penghapus dosa

Jika kita bersabar dengannya

Jernihlah hati kita dari noda hitam

Jika kita tenang menerimanya

Tingkatlah tahap ketaqwaan kita

Janganlah kau tolak satu dugaanNya dengan keputus-asaanmu

Setelah sepuluh nikmatNya kau terima tanpa berterima kasih!

Ingatlah sahabatku!

Kerana sayangku padamu

Ku nukilkan ikhlas buatmu

Demi kasihku padamu

Ku tak redha melihatmu mengalirkan airmata kekesalan atas apa yang menimpamu

Atas keikhlasanku padamu

Ku tak sanggup menyaksikan hidupmu di dalam kemurkaanNya yang Maha dahsyat

Dan...

Kerana nama saudara Islamku

Ku ingin melihatmu menjadi muslimah solehah yang budiman!

Kerana itulah harta yang amat berharga disisiNya

Insya Allah...!

Hasbiallaha wani'mal wakil......




Saturday, March 6, 2010

KESYAHDUAN MALAM PERTAMA ???

KESYAHDUAN MALAM PERTAMA YANG MESTI DITEMPUHI...


Satu hal sebagai bahan renungan kita bersama sama ...!!!

Duduk merenungkan indahnya malam pertama... tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata mata...
Bukan malam pertama masuk ke " BERADUNYA ADAM DAN HAWA "

Tetapi malam pertama perkawinan kita dengan " SANG MAUT "... Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara kita...!!! Hari itu... " Mempelai sangat dimanjakan..........!!! Mandipun...menjadi tanggungjawab bersama untuk dimandikan........!!!

Seluruh badan kita terbuka.... Tak Ada sehelai benangpun menutupinya... !!! Tak Ada sedikitpun rasa malu pada sesiapa.... Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan... Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih.....!!! Itulah sosok tubuh kita.... Itulah jasad kita pada ketika itu....

Setelah dimandikan.. , Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih... Kain itu ...jarang orang memakainya... Kerana sangat terkenal bernama " KAFAN " Wangian ditaburkan kebaju kita... Bahagian kepala..,badan. .., Dan kaki diikatkan... Tataplah...... Tataplah. ..buat terakhir kalinya... Itulah wajah kita.... Keranda pelaminan... Langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian...!!! Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga... Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul... Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga...!!! Serta rasa haru para handai taulan...

Gamelan syahdu bersyairkan adzan Dan kalimah Dzikir... Akad nikahnya " BACAAN TALKIN ".... Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan... Yang telah tiba duluan,

Siraman air mawar.. Pengantar akhir kerinduan...!!! Dan akhirnya..... Tiba masa pengantin, Menunggu Dan ditinggal sendirian... Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan...
Malam pertama yang indah atau meresahkan... Ditemani rayap-rayap Dan cacing tanah ... Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah semua yang hadir pergi.....!!!
Sang Malaikat lalu bertanya... Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur... Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur......
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....

RENUNGKANLAH SAHABATKU.....
ADAKAH KITE SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA??????



Friday, February 19, 2010

uCaPan ibLis kePadA aHli NeRaka

Menurut sebuah hadis, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah mimbar dari api untuk iblis. Ia dipakaikan pakaian dari api, mahkota dari api dan diikat dengan tali dari api. Kemudian dikatakan kepada iblis: “Wahai iblis, naiklah ke atas mimbar dan bersyarahlah kepada ahli neraka.”

Lalu iblis berkata: “Wahai para penghuni neraka!”

Ia terus berkata: “Wahai orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua akan mati, akan dihalau dan dihisab dan menjadi dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke neraka Sa’ir.”

Tambah Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku hanya menganggu kamu. Akhirnya kamu semua mengikutku, maka dosanya untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat dan mencaciku, sebaliknya umpatlah dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat”.

Berkata Iblis lagi: “ Mengapakah kamu tidak menyembah Allah,sedangkan Allah SWT yang menciptakan sesuatu?’’

Seterusnya Iblis lagi: “ Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku akan melepaskan diri dari apa yang telah aku katakan kepada kamu semua, sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak dari rahmat Tuhan sekalian alam.”

Lalu Iblis itu dipukul oleh malaikat Zanabiyah dengan tombak dari api dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal bersama-sama pengikutnya di neraka.

Malaikat zanabiyah pun berkata: “ Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal didalamnya buat selama-lamanya.”



Wednesday, February 10, 2010


Di Antara Dua Tangisan

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.” Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”